Program Internet? Use it Right!! Bersama pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program Program Internet?? Use it Right telah diadakan pada pada 3 September 2019 sehingga 6September 2019 di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Program ini berlansung selama 4 hari telah berjaya menarik seramai lebih 300 orang pelajar UiTM untuk menyertainya. Program telah dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran 3d printer, kuiz KDB, taklimat advokasi, Kuiz kahoot dan sebagainya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet di Wilayah Tengah dengan pelajar institusi pengajian tinggi UITM Shah Alam. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada pelajar UITM. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet.Program yang ingin dijalankan ini adalah bersesuaian dengan pelbagai lapisan umur. Ia juga bertujuan untuk Memberikan pengetahuan mengenai Kempen kesedaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC iaitu K lik Dengan Bijak (KDB) KDB), E Waste , Check Your Label , dan Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali